fbpx

Ramai selebriti yang lebih suka menyimpan dulu berita kehamilan mereka sebelum diumumkan di khalayak ramai. Begitu juga dengan pelakon dan model jelita ini iaitu Che’ Puan Juliana Sophie Johari Evans atau lebih mesra dikenali sebagai Juliana Evans.

Juliana memaklumkan perkaara itu menerusi perkongsian di Instagram sekali gus menjawab teka-teki dlam kalangan netizen semalam.

Akrtes kacukan Melayu-Inggeris itu memuat naik berberapa fotonya menunjukkan baby bump dengan berlatar belakangkan pemandangan laut.

Juliana mengaku sangat teruja menanti kelahiran anak keduanya yang kini sudah memasuki usia enam bulan.

“Kami sangat gembira untuk mengumumkan bakal menimang cahaya mata kedua dan kami sangat teruja,”luahnya.

Alhamdulillah, tahniah!

Menjengah ruangan komen, ramai yang tumpang gembira dengan berita yang diumumkan isteri kepada kerabat diraja Johor dan Selangor, Y.A.M Tengku Sharifuddin Shah Tengku Sulaiman Shah itu.

Sekadar info, Juliana dan Tengku Shariffuddin Shah telah mendirikan rumah tangga pada 30 April 2017. Hasil perkongsian, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah yang kini berusia 4 tahun.

SUmber: Instagram @julianaevans

[fbcomments]