Ketekunan Datuk Seri Aliff Syukri dalam dunia keusahawanan terus mencuri perhatian ramai apabila isterinya, Datin Seri Shahida mendedahkan bahawa usahawan popular itu kini merancang untuk menceburi bidang baharu, iaitu perniagaan karpet.
![]()
Video di bawah:
https://vt.tiktok.com/ZShufNTxv/
Aliff Syukri Mahu Cuba Berniaga Karpet, Shahida Usik Suami ‘Bangla Karpet’
Perkara tersebut dikongsikan Shahida menerusi satu siaran langsung di TikTok, yang turut mengundang reaksi pelbagai dalam kalangan pengikut mereka. Dalam nada berseloroh, Shahida menggelar suaminya sebagai ‘bangla karpet’ gara-gara minat mendalam Aliff dalam bidang jualan yang tidak pernah surut.
Menurut Shahida, suaminya sering tampil dengan idea-idea baharu dan tidak pernah letih mencuba pelbagai jenis perniagaan demi mengembangkan empayar niaganya.
![]()
“Sebenarnya, Aliff rancang untuk jual karpet. Lepas ini, jadi bangla karpet lah suami aku. Aku tak tahu lah apa lagi dia nak jual. Dia memang suka berniaga.” katanya secara bersahaja.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan sikap Datuk Seri Aliff Syukri yang sentiasa bersemangat dan tidak pernah kehabisan idea dalam mencuba pelbagai jenis perniagaan.
Ramai yang memuji usahawan itu kerana berani mencabar diri, malah ada yang berseloroh mengatakan beliau boleh membuka pusat jualan pelbagai barangan di bawah satu bumbung kerana terlalu banyak jenis produk yang pernah dijualnya.
![]()
Kredit: TikTok modelistaempire