Seperti semua sedia maklum, sebelum ini mereka dari Dong Zong tetap dengan pendirian mereka untuk menolak pembelajaran tulisan Jawi di dalam 3 helaian muka surat Bahasa Malaysia untuk sekolah rendah.

Terkini, mereka telah memaklumkan yang lebih 900 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di seluruh negara telah menolak pembelajaran tulisan Jawi ini.

Dong Zong juga mendakwa keputusan ini diterima selepas mendapat maklumbalas dari ke semua sekolah melalui kempen anti Jawi yang dijalankan.

 Masih ada beberapa sekolah di negeri menjalankan kempen tandatangan itu. Lembaga pengelola SJKC berhak menentukan dasar sekolah mereka dan kami berpendapat setiap sekolah perlu melaksanakan dasar pembelajaran untuk semua kaum. 

Sebelum ini mereka dikatakan bakal mengadakan persidangan bagi membincangkan isu tulisan Jawi, tetapi ia dibatalkan.

Dong Zong turut bersetuju untuk mengadakan sesi dialog termasuk bersama Kementerian Pendidikan dan parti politik lain bagi mencari jalan penyelesaian.

Persidangan ini asalnya bertujuan menyelesaikan isu berbangkit, namun kami bersetuju mengadakan dialog selepas menerima pandangan dan mesej daripada pelbagai pihak.

Dialog akan berlangsung dalam suasana aman dan kita akan tolak jika ada pihak cuba menimbulkan persekitaran tidak baik.

Katanya, polis tidak sepatutnya menggunakan mahkamah untuk membatalkan persidangan itu kerana mendakwa tidak menjejaskan ketenteraman awam.

Kami tidak puas hati dengan tindakan polis membuat permohonan kepada mahkamah atas alasan mengganggu ketenteraman awam dan mendatangkan bahaya kepada nyawa atau keselamatan orang ramai.

Polis sepatutnya mengambil tindakan ke atas individu dan kumpulan yang mengancam serta mengganggu Persidangan Pertubuhan-Pertubuhan Cina dijalankan secara aman.

Apa pula pandangan korang mengenai isu tulisan Jawi ini?

[fbcomments]