Seorang kanak-kanak lelaki dikejarkan ke hospital gara-gara termakan sejenis gula-gula yang didakwa mengandungi kandungan dadah di dalamnya.
Menurut seorang warga Facebook yang dikenali sebagai Yani, budak berkenaan mengalami beberapa simptom sehingga menyebabkan dia terpaksa ditahan dalam wad.
Menerusi posting tersebut, budak terbabit memakan gula-gula itu pada hari Ahad yang lalu dan keesokan harinya dia mengalami ketaran di bahagian lutut dan tangan.
Setelah melakukan pemeriksaan, doktor yang merawat mendakwa bahawa makanan tersebut sememangnya mempunyai kandungan dadah.
Oleh itu, Yani menyeru supaya orang ramai lebih berhati-hati dengan pemakanan anak dan melarang orang ramai daripada membeli gula-gula tersebut.