fbpx

Bertuahnya mempunyai anak yang masih kecil namun sudah tahu tanggungjawab, bersikap melindungi pada adik beradik sendiri sehingga sanggup bergadai nyawa.

Pengorbanan kanak-kanak ini yang sanggup bergadai nyawa menyelamatkan adiknya mungkin tidak mampu dilakukan orang dewasa lain.

Tragedi kebakaran

Ketika itu dia baru berusia lima tahun dan sanggup berkorban nyawa memeluk Aulia yang berusia tiga tahun pada 2018 menyebabkannya melecur teruk di muka, kepala dan kedua-dua bahagian tangan dalam satu tragedi kebakaran bilik di sebuah rumah di Johor Bahru.

Difahamkan, ketika kejadian, empat beradik itu, Muhammad Fariz Nasir Mohd Nasir, 8, Muhammad Fizz Firdaus, 7, Aulia Izzatul Nisa, 5, dan Muhammad Firash, 3, sedang tidur di sebuah bilik sebelum terbakar.

Fizz Firdaus yang menyedari kejadian itu terus memeluk Aulia menggunakan selimut menyebabkan muka dan tangan terbakar teruk manakala Fariz dan Firash hanya mengalami kecederaan ringan.

Sangat menyayangi & melindungi adik-adik

Difahamkan, Fizz Firdaus sangat menyayangi adik beradiknya terutama Aulia dan Firash manakala Fariz pula sangat melindungi adik-adiknya.

“Fariz dan Fizz Firdaus sangat sayangkan adiknya, jika salah seorang menumpahkan air, mereka cepat-cepat mengambil kain lap bimbang saya marah.

Rawatan wajah

Mereka tinggal bersama nenek saudaranya. Menurut nenek saudaranya, dia sangat berharap dapat melakukan rawatan wajah untuk Fizz Firdaus.

“Dia selalu mengadu diejek rakan sekolah membuatkan saya terkesan dan memikirkan perlu melakukan sesuatu,” katanya.

Orang ramai yang mahu menyumbang untuk membantu rawatan wajah Firdaus boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Norfaizah 0199541100264756 (Bank Simpanan Nasional).

[fbcomments]