Penyanyi terkenal Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari atau BCL telah sah bergelar isteri kepada Tiko Pradipra Aryawardhana dalam sebuah majlis tertutup berlatar belakangkan laut Bali yang hanya dihadiri keluarga dan rakan-rakan terdekat sahaja. Sempena hari terindah itu, BCL telah menyediakan sebuah ucapan khas buat suaminya sempena perkahwinan mereka yang berlangsung semalam.
![]()
Ucapan Buat Tiko
Menerusi video yang dimuat naik oleh @itsmebcl di laman Instagramnya, beliau meluah tentang rasa sakit kehilangan suami pertamanya iaitu Allahyarham Ashraf Sinclair yang meninggal dunia pada tahun 2020 lalu.
“Melihat ke belakang, aku merasakannya kembali. Saat aku bertanya, apakah bahagia itu akan ada lagi? Ya, hari demi hari berlalu. sedikit demi sedikit aku beradaptasi dengan sakit. Menjalani hidup dengan kesedaran kalau sakit ini tidak akan pergi, akan tetap ada di situ dan terus di situ”, luahnya.
Namun, kehadiran Tiko dalam hidup Bunga ternyata telah memberi sinar baharu dan peluang untuk beliau mengecapi kebahagiaan sebagai seorang isteri sekali lagi.
“Dan pada sebuah waktu hadir seseorang. Lelaki ini juga membawa kesakitnya sendiri. Waktu demi waktu dilalui, sakit mula dibahagi dan aku tak berasa sendiri lagi. Canda tawa kembali hadir, ku mulai merasa yang aku juga layak untuk dicintai dan bahagia”. kata BCL lagi.
![]()
Tiko Kembalikan Senyuman BCL
Dalam masa yang sama, Bunga juga meluahkan beliau amat menghargai kehadiran Tiko dalam kehidupannya dan memuji sikap Tiko yang sudi untuk melayari bahtera rumah tangga bersama-sama.
“Rasa sakit akan tetap ada, tetapi lelaki ini mengembalikan senyumanku. Dia membawaku ke suatu tempat tak tak pernah diimpikan. Iaitu tempat yang dipanggil ‘rumah’. Awak adalah teman baik saya, cahaya di dalam gelap, pasangan saya dan cinta saya. Terima kasih kerana membiarkan saya menjadi diri sendiri, terima kasih kerana mencintai diri saya”, ujar BCL di akhir kata.
Sekadar info, arwah Ashraf Sinclair meninggal dunia pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung. BCL dan Ashraf berkahwin pada 8 November 2008 di Jakarta dan dikurniakan seorang cahaya mata, Noah yang kini berumur 13 tahun.
Kredit: Instagram itsmebcl