fbpx

Pada bulan Ogos yang lalu, pasangan selebriti Diana Danielle dan Farid Kamil telah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya. Namun, baru-baru ini mereka berdua kelihatan mesra bersama bagaikan cinta yang berputik kembali.

@budieychannel

Betul ke mereka akan bersama semula deni anak-anak & keluarga? Nantikan podcast BORAK SINI HABIS SINI. #boraksinihabissini #budieychannel

♬ original sound – Budiey – Budiey

Seperti Dilamun Cinta, Farid Dan Diana Kembali Rujuk?

Berdasarkan video yang dimuat naik oleh sebuah platform hiburan iaitu Budiey di laman TikTok, ia memaparkan kedua-dua pasangan selebriti itu duduk bersebelahan sambil dilihat seperti orang yang sedang dilamun cinta. Menerusi video tersebut juga, Farid dan Diana seolah-olah memberi bayangan bahawa mereka berdua kini sedang dalam proses untuk berbaik semula selain memaklumkan musibah yang berlaku dalam rumah tangga mereka merupakan satu nikmat yang tidak ternilai.

“Walaupun ia satu musibah, dia sebenarnya kalau dilihat ia merupakan satu nikmat juga”, jelas Farid secara ringkas.

Mereka Berdua Kembali Rujuk Demi Anak-Anak?

Melihat dengan lebih teliti di hantaran video itu, ia turut menyatakan disamping mempersoalkan sama ada tujuan pasangan ini kembali adalah demi kebaikan anak-anak, Muhammad dan Aurora yang sedang membesar, atau mereka mempunyai alasan sebaliknya.

“Betul ke mereka akan bersama semula demi anak-anak dan keluarga?”, kata platform Budiey yang bakal mendedahkan kebenaran tidak lama lagi.

Suara Farid Dah Macam Bilal Khan

Menjengah di ruangan komen, ramai netizen yang terhibur apabila mendengar suara Farid Kamil yang kedengaran ketiadaan suara. Mereka juga mengusik perubahan suara Farid yang dikatakan seperti Nasir Bilal Khan.

Kredit: TikTok budieychannel

[fbcomments]