Sebuah video tular di laman media sosial yang kelihatan seorang gadis di kedai aksesori telefon bimbit di Shah Alam tiba-tiba rebah sebelum disahkan meninggal dunia.
Beberapa posting rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 30 saat itu mendakwa gadis terbabit telah dijangkiti wabak coronavirus yang semakin menular di negara ini.
Mangsa dikatakan terkena jangkitan koronavirus
Tiada kaitan dengan koronavirus
Namun salah seorang ahli keluarga iaitu bapa saudara mangsa tampil memberikan kenyataan di Facebook mengenai kejadian tersebut yang menafikan rakaman tular itu adalah disebabkan jangkitan coronavirus.
Menurut Hafiz Rusidah, hasil bedah siasat mendapati mangsa yang bernama Nur Izzah Izzati adalah disebabkan mati mengejut dan bukan berpunca daripada virus berkenaan.
Hati-hati menyebarkan berita yang tidak pasti
Laporan polis turut di buat oleh rakan sekerja arwah berkaitan penularan video tersebut dan fitnah yang ditabur kononnya arwah terkena penyakit koronavirus.
Moga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.