fbpx

Selepas beberapa hari menyepi, kini Youtuber masakan terkenal Pavithra mula membuka mulut menceritakan punca sebelah masalah dihadapinya.

Ia berkaitan dengan kes membabitkan suaminya, M Sugu yang baru-baru ini ditahan dan didakwa di mahkamah kerana mencederakan Pavithra.

Inilah sebab menjadi masalah

Pavithra memuat naik sebuah lagi video selepas kemunculan semula baru-baru ini, namun kali ini bukan video masakan tetapi mengenai kontroversi di sebalik penangkapan suaminya.

Video YouTube lima minit bertajuk ‘Inilah sebab menjadi masalah’, menyaksikan wanita berusia 28 tahun ini mendakwa masalah keluarga, wang dan media sebagai punca yang akhirnya menyebabkan penangkapan suaminya, M Sugu.

Sebab Sugu pergi hospital hari itu ialah keluarga saya sendiri, keluarga saya menjadi masalah sebab duit.

Keluarga saya yang tak pernah tolong saya selama ini sejak saya kahwin Sugu tujuh tahun.

Selepas saya ada duit dan berjaya macam sekarang ini diorang muncul-muncul dan mula pinjam duit dengan suami saya, buat masalah dalam keluarga.

Beliau tidak menafikan bahawa Sugu juga bersalah kerana mabuk ketika kejadian tetapi menegaskan bahawa suaminya bukan seorang pemabuk.

Tiada masa untuk anak

Ibu kepada dua anak itu turut mendakwa media juga menyebabkan gangguan terhadap kehidupan peribadi mereka sejak tiga bulan lalu.

Selepas media masuk dalam keluarga kami, kami tak ada masa untuk masak dan bagi makan untuk anak-anak kami dan masa itu amat sukar untuk kami.

Beliau turut meminta maaf kerana memadam semua video di saluran YouTube dan berjanji akan memuat naiknya secepat mungkin.

Pavithra berkata, suaminya berperanan dalam pencapaiannya sebagai antara bintang YouTube paling berjaya di Malaysia.

[fbcomments]