Kes pemandu mabuk di Malaysia semakin hangat diperkatakan, selepas  anggota polis, Koperal Safwan Muhammad Ismail, 31, dirempuh seorang lelaki dibawah pengaruh alkohol yang memandu Toyota Hilux.

Susulan daripada itu dimaklumkan, lelaki terbabit yang awalnya dibebaskan, telah ditahan semula bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kematian mangsa tanpa niat.

Harap kena hukuman gantung

Di facebook adik mangsa, Suhana Ismail ada memuat naik gambar pakaian uniform terakhir yang arwah pakai ketika kemalangan berlaku.

Sayu hatinya apabila mencuci uniform Safwan yang berlumuran dengan darah. Suhana berharap, akan hukuman yang setimpal buat si pelaku yang telah menyebabkan kematian abangnya.

Abg wan Safwan M Ismailna blik dlu..baju kali terakhir abg wan pakai yg penuh dngn darah,na dah cuci..Allahhuakbar..sayu…

Posted by Suhana Ismail on Selasa, 5 Mei 2020

semoga ada keadilan..buat arwah..

Posted by Suhana Ismail on Jumaat, 8 Mei 2020

Semoga undang-undang di Malaysia mengenai pemandu mabuk diperketatkan lagi kerana sudah ramai yang terkorban disebabkan arak.

[fbcomments]