Malang tidak berbau. Mungkin itulah perkataan yang tepat untuk menggambarkan keseronokan sementara seorang pelancong lelaki warga Britain.
Pelancong berusia 30-an itu telah menghubungi paramedik untuk datang ke hotel penginapannya bagi memberikan rawatan lanjut selepas mendapati kemaluannya berdarah teruk.
Sewaktu tiba di lokasi kejadian, pasukan penyelamat menemui lelaki tersebut bersama seorang pelacur warga Thailand.
Malah, cadar putih kamar berkenaan turut dipenuhi dengan tompokan darah. Hasil siasatan mendapati sebahagian kulit kemaluan lelaki itu berdarah sewaktu dia melakukan hubungan kelamin.
Walau bagaimanapun, kejadian ini berlaku di Pattaya!