fbpx

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi menyambut baik pelantikan semula Ahmad Idham Ahmad Nadzri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) pada Jumaat lalu.

Belajar dari kesilapan

Menerusi laman Instagram, Zed mengucapkan tahniah kepada Ahmad Idham dan berharap pengarah itu belajar daripada kesilapan lalu.

“Tahniah my bro Ahmad Idham dilantik semula sebagai CEO Finas. Satu sahaja yang saya nak pesan belajar daripada kesilapan lepas. Kena faham mana kawan, mana lawan dan yang paling penting jangan meroyan! Belanja makan durian tak apa sebab dah musim.”

Pada 9 Disember tahun lalu, permohonan Ahmad Idham untuk menamatkan perkhidmatannya setahun lebih awal iaitu pada 10 Mac lalu atas sebab peribadi diluluskan agensi berkenaan.

Justeru itu, Zed meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Finas meluluskan permohonan tersebut tanpa merujuk kepada bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Gobind Singh Deo terlebih dulu.

Zed mendakwa ada pihak berkepentingan cuba campur tangan dalam bidang tugas Ahmad Idham sebagai CEO. Zed mendakwa Hans yang ketika itu memegang jawatan Pengerusi Finas cuba campur tangan dalam bidang tugas Ahmad Idham sebagai CEO.

Kesilapan lama ulang lagi!

Terbaru berdasarkan semakan di Instagram Hans Isaac, bekas Pengerusi Finas itu dilihat memuat naik dua entri berbeza dengan menulis ayat ‘riversing’ dan ‘kesilapan lama ulang lagi’.

“Key word today REVERSING!” tulis Hans sambil diikuti emoji ‘ketawa’.

Hans turut memuatnaiks satu lagi entri, “Kesilapan lama ulang lagi”, disusuli emoji ‘tepuk dahi’.

[fbcomments]