Pada 11 Jun 2020 yang lalu, kerajaan telah membenarkan semua masjid, surau Jumaat dan surau di Wilayah Persekutuan (WP) berstatus zon hijau menunaikan solat Jumaat dan berjemaah ketika tempoh perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) dengan kapasiti jemaah diluaskan kepada satu pertiga daripada kapasiti penuh.
Bagaimanapun, kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah dan jemaah yang bergejala serta menghidap penyakit kronik, masih tidak dibenarkan hadir ke masjid dan surau buat masa ini.
Kenapa shopping mall boleh masuk
Baru-baru ini pula telah tular satu hantaran di Facebook oleh seorang lelaki yang mendakwa empat anaknya tidak dibenarkan masuk ke masjid di Putrajaya untuk bersolat.
Dakwa bapa empat anak itu, mereka akhirnya terpaksa bersolat di pekarangan masjid.
Semalam ke Alamanda Putrajaya,bawak hero 4 orang ni sekali jalan jalan..
Kemudian gerak ke Masjid Besi Putrajaya nak solat Asar..Tak tahu pulak kanak-kanak bawah 12 tahun tak dibenarkan masuk walaupun pakai mask,bawak sejadah..Tak mengapa,dengan berhemah ostad minta security nak masuk toilet je sebab hero 4 orang ni nak buang air..Alhamdulillah dapat gi toilet,tunaikan hajat dan berwuduk.kami dirikan solat dekat luar je pun ok tak da orang halau..
Cuma ostad terpaku nak jawab bila hero hero ni tanya,kenapa shoping mall boleh masuk? masjid tak boleh?
Jeng..kita selalu ajar anak anak kita masjid tempat turun RAHMAT tempat paling Allah cinta..Mall,shoping complex,pasar tempat Allah paling benci..
Perkara ini akan diperhalusi lagi
Hantaran ini telah menarik perhatian Menteri di Jabatan Perdana (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Nanti kita akan masukkan dalam perbincangan dengan MKN, saya akan lebih tertib dengan Majlis Fatwa Kebangsaan untuk memperhalusi perkara ini.
Bagaimanapun kita akan tengok (isu) ini secara berhemah (apa bentuk) tindakan yang diambil. Takkan orang yang sembahyang kita halau… tidak sesuai.
Mengulas lanjut, Dr Zulkifli berkata, konsep beragama memerlukan ketenangan dan perlu ditangani dalam keadaan berhikmah dan berhemah.
Kita tidak boleh buat dalam keadaan keras, yang penting nasihat dan beritahu, bolehlah dia (ibu bapa) pilih tempat yang sesuai (untuk bersolat).