fbpx

Kelahiran adakalanya tidak dapat dijangkakan. Apatah lagi jika sudah ada tanda-tanda awal nak bersalin seperti pendarahan atau kontraksi. Walau bagaimanapun, setiap ibu pastinya mempunyai pengalaman bersalin yang tersendiri.

Namun pengalaman bagi ibu ini boleh dikatakan agak unik di mana suaminya sendiri telah menjadi bidan terjun dengan menyambut kelahiran buah hati mereka di rumah kerana tak sempat nak ke hospital untuk bersalin.

Suami menjadi bidan terjun

Tular satu kisah dimana seorang lelaki dan juga bapa anak dua ni telah menceritakan detik cemas apabila dia terpaksa menjadi ‘bidan terjun’ untuk isterinya.

Menerusi sumber daripada Mstar, lelaki yang dikenali sebagai Zamri itu berkata kejadian berkenaan berlaku di kediaman mereka pada awal pagi Isnin tersebut bermula ketika isterinya mengalami contraction dan mahu ke bilik untuk mandi.

Tiba-tiba isteri keluar bilik air dan beritahu rasa anak dah nak keluar. Air ketuban pun dah pecah. Saya kata okay, nanti bawa dia segera ke hospital.

Tapi kemudian tu isteri kata anak dah nak keluar sekarang. Bila saya tengok, kepala anak dah terkeluar penuh. Tak sempat ke hospital.

Nasib baik ikuti kelas keibubapaan

Manurut lelaki ini lagi, walaupun dia sebenarnya berada dalam keadaan yang cemas tetapi dia tidak merasa panik dan menggunakan sebaiknya ilmu pembelajaran daripada kelas keibubapaan yang dihadirinya dengan teknik yang betul.

Walaupun begitu, dia juga sebenarnya bimbang kerana memegang dua nyawa ketika itu. Risau juga kalau bayi terjerut tali pusat atau isteri alami pendarahan semasa bersalin.

Tapi apa pilihan saya ada? Jadi, saya harus tenang dan yakin. Segala-galanya berlaku di bilik tidur kami. Isteri melutut di lantai dengan separuh badannya pada katil

Saya suruh dia meneran (push), anak dah keluar selepas push kedua. Ia berlaku dengan pantas, tak sampai pun lima minit. Syukur Alhamdulillah.

Pengalaman kedua sambut bayi

Apa yang menariknya lagi, menurut lelaki ini lagi, ini bukanlah pengalaman pertama dimana sebelum ini pun dirinya turut pernah menjadi bidan semasa kelahiran anak pertamanya dahulu, dua tahun lalu.

Masa tu doktor dan jururawat berada memerhati dan memberikan nasihat, tapi saya sendiri yang mengendalikannya untuk menyambut anak saya berdasarkan apa yang dilatih.

Menurutnya lagi, untuk kelahiran yang kedua ini, dia memang merancang untuk menyambut anaknya itu sendiri tetapi tidak menyangka akan menyambutnya di rumah.

Tambah beliau lagi, mujurlah anaknya yang sulung berusia 2 tahun tu tengah tidur di bilik lain.

Jadi keadaan lebih tenang. Sebelah tangan saya pegang bayi, sebelah tangan saya pegang bayi.

Selepas bersalin, saya bawa isteri ke hospital. Perjalanan ke hospital kira-kira 15 minit.

[fbcomments]