fbpx

Isteri kepada kekasih pelakon Fatin Afeefa mendedahkan sudah hampir tiga tahun pasangan ini menjalinkan hubungan bersama.

Dakwa isteri lelaki tersebut, Fatin dikatakan pernah menghubunginya sendiri menangis teresak-esak berjanji untuk tidak lagi mengganggu rumah tangganya tetapi itu hanya dusta semata-mata.

Mabuk bersama suami orang

Atas dasar hidup mewah

“Fatin bersama suami saya atas dasar nak hidup mewah dan kepuasan nafsu saja selama tiga tahun ini. Awal-awal dulu suami saya ada beli sebuah kereta Mercedes tapi saya tarik balik sebab beli atas nama syarikat.

“Tapi selepas setahun, Fatin ada beli kereta Audi yang didaftarkan atas nama dia sendiri. Tapi saya percaya suami saya yang bayar untuk down payment.

“Saya pernah jumpa bank statement dan resit-resit pembelian barang mewah seperti cincin dan beg tangan. Saya percaya barang-barang tersebut dibeli untuk Fatin.

“Sewa rumah pun mesti suami saya tolong bayarkan juga. Tu yang Fatin bersungguh-sungguh nak saya pergi. Dia pernah hubungi saya tahun lepas kononnya dia tak akan jumpa suami saya lagi tapi itu semua drama.

“Saya percaya dia berpindah ke Kuala Lumpur setelah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menghubunginya berhubung laporan yang saya buat.

Sanggup kelar tangan

“Kalau suami saya tak datang, dia akan ugut. Selalunya dia akan cakap nak bunuh diri, dia kelar tangan macam dulu. Takpun dia tawar diri untuk buat apa saja,” dakwanya kepada Gempak.

Dakwa isteri kepada lelaki tersebut lagi, Fatin Afeefa juga ada membuat satu akaun palsu untuk menyuruhnya bercerai dengan suami.

“Fatin ada buat satu akaun palsu lepastu direct message (DM) saya untuk tinggalkan suami saya. Dia kata suami saya jelas sukakan dia, kalau tak hubungan mereka tak kekal sampai tiga tahun.”

“Dalam mesej tu juga Fatin kata saya tak perlu meroyan sebab dah tahu suami penipu baik angkat kaki dan jalan. Tak perlu untuk bersama lagi”.

Walau bagaimanapun, menurut isteri kepada lelaki tersebut, sebab utama dia masih mempertahankan mahligai yang dibina adalah kerana 3 orang anak-anak yang masih kecil.

“Kalau saya pentingkan diri macam mereka, saya tak perlu fikir anak-anak. Saya boleh saja angkat kaki dan keluar dari rumah. Tapi saya tak sampai hati nak buat macam tu sebab saya tau anak-anak akan menjadi mangsa. Takkan saya nak tinggalkan mereka hidup tak tentu hala kan?

[fbcomments]