Awal pagi tadi anggota bomba menyelamatkan empat individu dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) yang terperangkap dalam lumpur di belakang Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Serdang.

Kanak-kanak usia 5 tahun

Empat individu tersebut terdiri daripada seorang wanita serta tiga kanak-kanak perempuan dipercayai baru mendarat di perairan negeri ini sekitar jam 4 pagi tadi.

Namun apa yang memilukan, mangsa tersebut turut terdiri dari kanak-kanak berusia 5 tahun. Difahamkan keempat PATI berkenaan dipercayai bangsa Rohingya.

Anggota bomba berusaha keluarkan mangsa

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 4.33 pagi dan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar bergegas ke lokasi kejadian.

Setibanya di lokasi, pasukan mendapati seorang wanita serta tiga kanak-kanak perempuan terperangkap dalam lumpur.

Anggota kemudian bertindak mengeluarkan mangsa dengan memasang dua tali menyelamat dan bergerak ke arah mangsa dengan menggunakan bot kecil.

Tindakan menyelamatkan semua mangsa dilakukan secara ulang-alik sebelum air pasang.

Katanya, operasi menyelamat selesai pada jam 7.10 pagi dan mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

[fbcomments]