Dalam situasi wabak ini, masih ramai lagi yang memerlukan khidmat kesihatan dari hospital dan klinik kerajaan.
Antaranya yang sentiasa dipantau termasuklah ibu-ibu mengandung dan bayi baru lahir.
Menariknya, dalam sebuah posting oleh Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham menunjukkan betapa inovatifnya staf KKM di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh yang telah membuat pemeriksaan bayi jaundis secara drive-thru sahaja bagi mempercepat dan memudahkan urusan di samping membantu penjarakan sosial (social distancing).
Ulas Dr Noor Hisham lagi, Klinik Jaundis Drive-Thru ini bertujuan mengelakkan berlakunya kesesakan di klinik dan membantu mempercepatkan masa menunggu.
Menurut beliau lagi, pasukan Paediatrik akan sentiasa cuba sedaya-upaya melancarkan proses ini dan meneruskan usaha menambahbaik perkhidmatan mereka walaupun setelah COVID-19 berakhir.
Kalau buat begini, ibu ayah tentu rasa lebih selamat nak bawa bayi ke klinik untuk pemeriksaan kan? Bagusnya.
Terima kasih KKM!