fbpx

Seorang lelaki patah kaki kiri selepas kren yang dipandunya terbalik dalam satu kejadian di Projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Alam Damai, Cheras awal pagi tadi.

Jurucakap pusat gerakan operasi Bomba Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 7.54 pagi sebelum sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheras dan Tun Razak dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba pihak bomba mendapati seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun tersepit di bahagian tempat duduk pemandu kren seberat 26 tan itu.

“Pihak bomba mengambil masa kira-kira satu jam untuk mengeluarkan mangsa susulan kaki kirinya tersepit.”

Walau bagaimanapun, mangsa berjaya dikeluarkan pada pukul 9.50 pagi dan hasil pemeriksaan awal mendapati kaki kirinya telah patah. Kini mangsa sedang mendapatkan rawatan di HUKM.

[fbcomments]