Pelakon Azlan Komeng atau nama sebenarnya Muhammad Azlan Kamiran, 47, meluahkan rasa syukur apabila lafaz cerai yang diucapkan terhadap isterinya iaitu Nur Nilam Ortiz tidak sah disisi undang-undang syariah.

Tidak Berniat Untuk Bercerai, Stress Diganggu Oleh Orang Ketiga Dalan Rumah Tangga

Menurut sumber Mstar, Azlan memaklumkan bahawa beliau tidak berniat untuk melafazkan penceraian tersebut memandangkan keadaan isterinya terlalu tertekan memikirkan tentang kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga mereka.

“Alhamdulilah kami masih lagi suami isteri..perkara itu berlaku tanpa niat cuma ada salah faham terhadap perkataan. Saya tak lafazkan dengan ayat yang nyata. Saya pun memang tak berniat, saya kasihan lihat keadaan isteri saya ketika itu”, jelasnya ketika ditemui media.

Kata Azlan lagi, individu yang disebut sebagai orang ketiga oleh Nur Nilam itu sudah lama wujud sebelum beliau berkahwin dengan isterinya. Azlan percaya individu terbabit mempunyai niat untuk menjatuhkan dirinya memandangkan beliau tidak pernah menjalinkan hubungan dengan orang baru selepas berkahwin.

“Ramai yang tak tahu cerita sebenar. Isu yang masih berlaku bukan kerana saya masih ada hubungan dengan orang lain tapi ia kisah lama yang datang semula. Mereka ada komplot mahu merosakkan rumah tangga sasya tapi mereka tidak berdepan dengan saya dan serang orang rumah”, katanya.

Nur Nilam Bersedia Heret Individu Yang Kacau Rumah Tangga Mereka Ke Mahkamah

Sementara itu, Nur Nilam pula menjelaskan bahawa beliau sudah bersedia untuk mengheret individu yang mengganggu rumah tangga mereka ke mahkamah.

“Saya masih menerima gangguan, video lucah masih ada gambar perbualan dan macam-macam. Saya sebenarnya telah ambil tindakan undang-undang hanya tunggu masa kumpul bukti dan heret ke mahkamah. Isu ini timbul sebab pelacur peribadi, benda ini dah lama ganggu dalam dua tahun juga, dengan sihir dan sebagainya. Saya manuasia biasa mana boleh tahan. Malam semalam kami gaduh besar dan abang Azlan terlafaz”, ujarnya.

Sebelum ini, Nilam mengesahkan bahawa dia sudah bercerai bersama suaminya pada Khamis. Namun lafaz yanng diucap oleh suaminya itu tidak sah disisi undang-undang syariah kerana tidak menyatakan secara jelas.

Untuk info, Azlan dan Nur Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022.

Kredit: Mstar

[fbcomments]