Baru-baru ini tular di media sosial Indonesia dimana terdapat seorang mangsa banjir yang sedang sarat hamil bernama Ernawati telah mengalami saat-saat genting bagi melahirkan cahaya mata.
Tiada jalan darat kerana banjir
Difahamkan semasa wanita tersebut sedang memerlukan bantuan ingin melahirkan anak, dua orang bidan kawasan tersebut telah bergegas ke rumahnya untuk menolongnya hantarnya ke tempat bersalin.
Tapi malangnya keadaan banjir di kampung mereka agak teruk, dimana hampir semua jalan raya tidak boleh dilalui oleh kenderaan darat. Jadi, mereka terpaksa menggunakan perahu sebagai pengangkutan utama.
Bayi dah nak keluar
Menurut laporan media Indonesia, semasa si ibu baru sahaja menjejakkan kaki ke atas perahu, dia sudah tidak dapat menahan kesakitan dan merasakan bahawa bayinya sudah mahu keluar.
Akhirnya tanpa melengahkan masa, dua orang bidan itu terus menolongnya untuk proses bersalin di atas perahu itu juga.
Melahirkan di perahu, alhamdulillah
Selalu sehat ibu dan anaknyaBanjiriah jar ngarannya😁
Posted by Ponk Burger on Wednesday, January 20, 2021
Bayi perempuan seberat 3.3 kg
Akhirnya Ernawati selamat melahirkan seorang bayi perempuan dengan berat 3.3 kilogram.
“Ketika kami datang, rahimnya sudah terbuka habis dan sudah sedia untuk melahirkan.” – Bidan
Oleh itu bersempena dengan tempat lahir anaknya di atas perahu, bayi perempuan berkenaan diberi nama yang ‘unik’ iaitu Siti Noor Banjiriah dimana anaknya telah dilahirkan semasa banjir.