fbpx

Lee Zii Jia dan beregu badminton Aaron Chia serta Soh Wooi Yik, yang baru-baru ini berjaya membawa pulang pingat gangsa dari Sukan Olimpik Paris 2024, kini bakal menikmati ganjaran istimewa.

Lee Zii Jia Dan Pemain Beregu Badminton Negra Terima Sebiji Kereta Setiap Seorang

Kenderaan jenama Chery Malaysia, melalui satu pengumuman di laman Facebooknya mengumumkan bahawa atlet-atlet badminton berkenaan akan menerima sebuah SUV mewah, Chery Tiggo 7 Pro, sebagai hadiah atas kejayaan cemerlang mereka di temasya sukan tersebut.

Lebih menarik, Chery Malaysia turut menawarkan satu lagi insentif hebat bagi atlet yang meraih pingat emas pertama dalam sejarah Malaysia.

Atlet bertuah ini akan menerima SUV Chery Tiggo 8 Pro, menandakan pengiktirafan tinggi terhadap pencapaian luar biasa mereka.

Pengumuman ini telah mendapat pujian meluas daripada netizen, yang melihatnya sebagai dorongan hebat untuk atlet negara.

Ramai berharap tawaran ini dapat memotivasi lebih ramai atlet untuk berusaha lebih keras dan mencapai kejayaan di Sukan Olimpik Paris, sekaligus mengharumkan nama negara di pentas dunia.

Kredit: FB Chery Malaysia

[fbcomments]