fbpx

Polis menahan seorang lelaki berusia 30-an yang dipercayai memandu secara melulu di kawasan tapak peniaga di Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada Jumaat.

DUA lelaki cedera selepas dilanggar kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux dipercayai dipandu lelaki mabuk di tapak peniaga di Bukit Sentosa, Hulu Selangor, hari ini.Jika di perhalusi video ini nampak jelas ada niat membunuh yang jelas.

Posted by Esmee Mat Isa on Jumaat, 22 Mei 2020

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamarudin, suspek dipercayai memandu dalam keadaan mabuk hingga mengakibatkan sekurang-kurangnya lima orang awam cedera.

“Berdasarkan siasatan, lelaki dipercayai mabuk dan seramai lima orang awam telah dikenal pasti mengalami kecederaan yang melibatkan empat orang lelaki dan seorang perempuan berumur dalam lingkungan 40 hingga 50 tahun.”

Punca kejadian

Menurut seorang saksi di tempat kejadian, pemandu dikatakan berada dalam keadaan mabuk. Pada awalnya, suspek dikatakan tidak berpuas hati dengan keadaan jalan yang sesak sebelum membunyikan hon dan memukul pemandu kereta dihadapannya.

Ekoran kejadian, orang ramai yang berada di situ menghulurkan bantuan kepada mangsa yang dipukul. Suspek didakwa terus memasuki keretanya dan membuat kecoh di tapak bazar kerana tidak berpuas hati dengan kejadian sebelum ini.

Cermin sisi kereta diketuk menjadi pvnca seorang pemandu pacuan empat roda mengamuk dan merempuh orang awam serta gerai di kawasan tapak peniaga di Bukit Sentosa, dekat Hulu Selangor, semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamarudin, berkata ia selepas suspek yang disyaki mabuk itu tidak berpuas hati terhadap tindakan seorang lelaki mengetuk cermin keretanya ketika dia membunyikan hon untuk melepasi jalan sesak berhampiran Jalan Besar Bukit Sentosa.

Lagi video trak pikap mengamuk di Bukit Sentosa. Kali ini trak itu merempuh sebuah lagi trak pikap sebelum masuk ke balai polis.

Posted by Careta on Jumaat, 22 Mei 2020

Turut maki polis di balai

Sementara itu, satu kenyataan media memberitahu bahawa kejadian pada jam 6.35 petang itu, seorang lelaki telah menyerang dengan memaki anggota polis yang bertugas di kaunter pertanyaan Balai Polis Bukit Sentosa.

“Suspek turut mengatakan akan melanggar semua orang di Bukit Sentosa sebelum meninggalkan balai polis berkenaan.

“Selang lima minit kemudian lelaki tersebut meluru masuk semula ke Balai Polis Bukit Sentosa bersama beberapa orang awam yang mengejarnya.

“Kesemua lima mangsa yang mengalami kecederaan dilaporkan dalam keadaan stabil.”

Polis meminta mana-mana saksi yang berada di tempat kejadian untuk tampil kehadapan bagi membantu siasatan kes ini.


[fbcomments]