Kebiasaannya ayat yang sering didengari dalam alam perkahwinan adalah isteri dimadukan oleh suami. Namun, tidak bagi kes ini kerana si suami telah dimadukan isterinya sendiri setelah membina empat tahun perkahwinan. Seorang lelaki mendedahkan bahawa dirinya telah dimadukan isteri setelah mengetahuinya isterinya itu telah berkahwim bersama lelaki lain di Terengganu pada April yang lalu.

Dimadukan Isteri Pada Awal Januari Lalu

Berdasarkan sumber yang dilihat dari Harian Metro, si suami yang dikenali sebagai Rahaman Mohamed Jaafar, 47, memaklumkan bahawa beliau telah berkahwin dengan isterinya di Narathiwat, Thailand pada Januari 2019 sebelum isterinya bertindak menghilangkan diri sekitar Januari tahun ini.

Difahamkan, perkahwinan mereka sah dari segi syarak oleh Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah pada 6 Jun lalu dan ia didaftarkan di Pejabat Agama Jajahan Tanah Merah.

“Bagaimanapun, selepas kehilangan isteri Januari lalu, saya mendapat tahu di media sosial pada April lalu bahawa dia berkahwin dan perkara itu agak mengejutkan kerana saya tidak pernah menceraikannya.. kami masih suami isteri. Selepas saya membuat semakan, saya dapati isteri ada membuat permohonan untuk berkahwin dengan lelaki lain yang berusia 42 tahun di Pejabat Agama Besut, Terengganu pada April lalu. Dia dipercayai menggunakan surat cerai dengan suami terdahulu iaitu sebelum berkahwin dengan saya”, jelasnya.

Fail Tuntutan Faraq Nikah Isteri Dan Suami Kedua

Dalam pada itu, Rahaman telah memfailkan tuntutan faraq nikah antara isterinya dan juga suami kedua selepas mengetahui dirinya telah dimadukan. Mahkamah Tinggi Kota Bharu telah membuat keputusan untuk memerintahkan si isteri selaku defendan pertama dan suami keduanya sebagai defendan kedua difaraqkan sementara pada Ogos yang lalu.

“Mereka tidak dibenarkan tinggal bersama sebagai suami isteri sehingga kes kami selesai dibicarakan”, katanya lagi.

Nafi Pernah Lafaz Talak Tiga Dekat Isteri

“Saya sangat kecewa dengan tindakan isteri. Empat tahun kami berkahwin, baru beberapa bulan saya mendapat sijil nikah, namun akhirnya saya dimadukan. Saya percaya pejabat agama mengeluarkan kebenaran berkahwin terhadap isteri saya dengan suami keduanya kerana perkahwinan kami di luar negara dalam proses pengesahan di sini”, ujarnya sambil menafikan beliau pernah membuat lafaz talak terhadap isterinya terdahulu.

Kredit: Harian Metro, Youtube Harian Metro

[fbcomments]