Lepas dah padam kesemua videonya di Youtube dan keluar kenyataan kononnya taknak lagi menjadi tumpuan ramai dan taknak menjadi Youtuber, kini Sugu Pavithra kembali semula dengan resepi baru di salurannya.

Video berdurasi 6 minit dan 15 saat itu adalah video pertama dimuat naik selepas daripada kekecohan isu salah faham antara Sugu dan Pavithra.

Buat come back dengan resepi dalca kambing

Dalam video terbaru itu, Pavithra berkongsi resepi masakan dalca tulang kambing.

Menerusi ruangan komen, terdapat ramai yang memberi sokongan moral kepada Pavithra dengan memberikan kata-kata semangat kepadanya.

[fbcomments]