Kebelakangan ini kita telah digemparkan dengan kes ‘Macau Scam’ yang melibatkan golongan selebriti bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram.
Artis dan selebriti tanah air dipanggil SPRM
Malah difahamkan seramai 10 artis dan selebriti lagi dalam senarai terbaru akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan membabitkan kumpulan cuci duit haram dan perjudian dalam talian.
Semua artis terbabit akan diminta hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi memberi keterangan.
Malah menurut laporan Berita Harian, sebenarnya ramai lagi rakan selebriti yang akan dipanggil.
Kini giliran Syuk pula dipanggil SPRM
Terbaharu, seorang pelawak, pengacara, pelakon dan juga penyampai radio terkenal di Hot FM, Syuk Sahar pula dipanggil ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Tetapi bukan kerana kes pengubahan wang haram, sebaliknya beliau dipanggi; untuk merakamkan muzik video mengenai pencegahan rasuah.
Haa terkejut bukan?
Dikatakan kes rasuah di Malaysia ni semakin berleluasa, jadi pihak SPRM pun terpanggil untuk membuat satu muzik video untuk memberi kesedaran kepada semua rakyat Malaysia tentang bahayanya rasuah.