Arwah Abam adalah seorang artis popular, menang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2015, jadi kenapa dalam akaun arwah ada sebanyak itu sahaja. mana pergi semua duit arwah?
Sehubungan itu, Ali telah menjelaskan satu persatu berkenaan duit simpanan dalam akaun bank arwah Abam yang mungkin mengejutkan ramai.
Menang beratus ribu tapi dalam akaun bank tinggal banyak tu jer? Rupanya..
Okay dekat sini saya ulang balik, dalam akaun Maybank ada RM56 ribu (selepas pengeluaran RM10 ribu) dan dalam akaun Affin Bank RM 28 ribu.

Logik tak sebagai seorang artis terkenal, yang cukup dikenali, yang menang anugerah Maharaja Lawak Mega, boleh dikategorikan duduk belang tiang pun orang tahu itu Abam Bocey, tapi ada duit simpanan banyak ini.
Inilah yang dikatakan saham akhirat. Arwh adalah seorang yang sangat suka menderma. Cuma dia menderma dia tak hebahkan
Menurut Ali lagi, banyak duit arwah Abam sudah di agihkan olehnya sendiri untuk saham akhirat dia.

Rumah bantuan sana, rumah bantuan sini.Cuma dia je tak perlu buat video rekod untuk hebohkan..takde itu bukan arwah Abam.
Malah selepas dia meninggal pun ramai yang keluar (individu tidak dikenali) tiba-tiba muncul beritahu arwah Abam ada bantu.
Alhamdulillah itu saham akhirat dia. Tapi janganlah buat tuduhan yang saya makan harta berjuta-juta (duit Abam).