Covid-19 tidak mengenal mangsanya, ia akan menyerang sesiapa sahaja yang terdedah kepadanya. Terbaru, bayi perempuan berusia sebulan telah dijangkiti wabak tersebut.
Menerusi perkongsian di Facebook seorang wanita bernama Nur Azeila Selamat, ibu kepada bayi tersebut memaklumkan anaknya baru sahaja genap sebulan ketika disahkan positif Covid-19.
Aishah Zahra baru genap sebulan
Difahamkan, pihak KKM memberitahu ibu itu, bayinya yang diberi nama Nur Aishah Zahra merupakan pesakit paling muda dirawat di hospital sekitar Kluang.
Sedih jiwa seorang ibu mendapat tahu perkara itu, kini hanya mengharapkan dia dan keluarga diberikan kekuatan untuk menempuh ujian ini.
Kalau dah ada simptom cepat buat saringan
Tidak memaklumkan secara terperinci mengenai punca jangkitan, namun wanita itu berharap agar orang ramai yang sudah mula merasai simptom segera membuat ujian saringan dan mendapatkan rawatan.