fbpx

Nampaknya selepas PU Abu dan Da’i Farhan, kali ini finalis Imam Muda, Syed Mohd Faris pula dihimpit kontroversi rumah tangga apabila menceraikan isterinya, Nur Hidayu Rosli selepas berkahwin dengan wanita lain.

Ibu kepada Hidayu dikenali sebagai Zainab menyifatkan bekas menantunya itu sebagai suami tidak bertanggungjawab.

Dah banyak kali kantoi curang

Zainab mendakwa Syed Faris sudah beberapa kali kantoi curang ketika Hidayu sedang hamil. Namun apa yang dikesalkan olehnya apabila bekas menantunya memberi alasan berpoligami untuk membantu kewangan keluarga.

“Alasan yang dia bagi pada saya apabila saya tanya kenapa kahwin dengan perempuan itu, dia kata untuk menjana ekonomi dan bantu kewangan keluarga.

“Dia kata perempuan tu pandai buat bisnes online selain untuk elak berlakunya maksiat.”

Terima layanan lebih baik

Terdahulu, Hidayu mendedahkan sudah diceraikan suaminya dan mendakwa dikasari madunya selepas Imam Muda Syed Faris bercadang untuk menceraikan salah seorang daripada mereka.

Malah, Hidayu berkata Syed Faris memaklumkan dia berkahwin lain pada Januari lalu selepas dia baharu melahirkan anak kelima mereka.

Malah dia juga mendakwa wanita lain boleh melayannya lebih hebat daripada isterinya itu (Hidayu).


[fbcomments]