Ketika Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dinamakan sebagai ‘antara doktor terbaik dunia’, lain pula halnya dengan seorang pereka grafik kontroversi, Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin.
Lukis wajah mirip Dr Noor Hisham dalam mangkuk tandas
Dia telah mengundang kemarahan orang ramai apabila memuat naik lakaran kartun menyerupai Dr Hisham di Facebook miliknya yang berada dalam mangkuk tandas dengan kapsyen “Please use the toilet”.
Karikatur mirip pakar kesihatan awam negara itu digambarkan dengan hanya muka tersembul manakala kedua-dua tangan memegang sisi mangkuk tandas seolah-olah cuba untuk bersembunyi.

Di sebelah mangkuk tandas duduk itu pula, terdapat imej pelitup muka di lantai dan bakul sampah yang di dalamnya ada kertas tertera perkataan SOP (prosedur operasi standard).
Imej seterusnya ialah seorang individu lengkap bersut hitam dan bersongkok dipercayai watak ahli politik yang sedang menolak kepala ‘Dr Hisham’ untuk terus masuk lebih ke dalam mangkuk tandas itu.
Tak hormat frontliners
Orang ramai beranggapan tindakan tersebut adalah sangat biadap serta tidak menghormati petugas barisan hadapan yang sedang berjuang melawan Covid-19 termasuk Dr Noor Hisham.
Rata-rata warga maya berang apabila memberikan emoji marah dalam hantaran yang dimuat naik di Facebook milik Fahmi itu.
Difahamkan, karikatur itu adalah diinspirasi daripada balasan Dr Noor Hisham di laman Twitter berikutan pertanyaan seorang individu mengenai segelintir ahli politik yang melanggar prosedur operasi standard (SOP).
Banyak karikatur biadap hasil lukisannya
Fahmi yang sebelum ini terkenal selepas melukis karikatur Najib dalam bentuk badut pada 2016.


Selain itu, baru-baru ini dia juga pernah membuat lakaran memaparkan imej seorang lelaki berjanggut dan memakai penutup kepala berwarna merah jambu. Grafik lelaki berkaca mata itu sedang menadah tangan sambil menghembus nafas yang mengeluarkan tompok-tompok berwarna merah jambu menyerupai virus Covid-19.
Seni visual tersebut mendatangkan perasaan tidak senang warga maya kerana ada yang menganggap ia sebagai imej Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.
Warga maya menganggap Fahmi melampaui batas menghasilkan ilustrasi melampau seperti itu.
