Penampilan terbaharu balu kepada pelawak terkenal, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau lebih mesra dengan gelaran Abam iaitu Siti Nurhidayah Mohd Ali mendapat perhatian netizen.
Penampilan terkini beliau kelihatan jauh lebih berbeza dan kelihatan lebih ceria, telah membuatkan ramai netizen memuji dan memberi kata-kata semangat supaya dia terus melangkah lebih kuat sebagai ibu tunggal.
Terus berjaya walaupun bergelar ibu tunggal
Jika sebelum ini dia telah mengorak langkah dan bangkit daripada kesedihan dengan mencari pendapatan sendiri dengan menjual cempedak goreng ditepi jalan, kini wanita berusia 28 tahun ini telah berjaya membuka kedainya sendiri bagi menjalankan perniagaan tersebut.
Oleh kerana kesungguhannya menyara diri sendiri dan anaknya itu lah, beliau sering mendapat perhatian di media sosial. Malah rezekinya juga semakin mencurah-curah.
Semoga Hidayah terus tabah dan kuat mengharungi kehidupan akan datang sebagai seorang ibu tunggal.