Pempengaruh media sosial, Maryam Younarae atau lebih dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi mendedahkan dia telah keguguran anak kedua pada 17 Mei lalu.
Difahamkan usia kandungannya ketika itu masih muda dan belum matang. Dia hanya mengetahui tentang kandungan itu selepas badannya menunjukkan beberapa simptoms seperti kerap ingin buang air kecil, senggugut dan peningkatan selera makan.

“Ketika itu usia kandungan masih awal. Baby tak nampak lagi.. Baru sahaja beberapa hari saya dan Ryzal dapat tahu mengenai saya keguguran iaitu pada 17 Mei lalu,” katanya dalam nada sebak.
“Saya buat pemeriksaan menggunakan test kit pregnancy digital dan keluar double line. Tetapi selepas dua minggu saya bleeding dan darah banyak keluar.
“Ryzal bawa saya buat pemeriksaan di hospital dan doktor ambil darah saya untuk mengesahkan saya mengandung tetapi hormone dah berkurangan… Jadi saya keguguran,”
Punca keguguran ialah Terlalu Sibuk
Apabila ditanya tentang punca keguguran itu, Maryam memberitahu yang dia sibuk menjalani penggambaran dan menjaga anaknya Rina. Maryam juga terkena jagkitan kayap dan urine infection yang menyebabkan badannya menjadi lemah.

“Mungkin ketika itu saya tak terlalu jaga badan dan kesihatan saya. Dalam masa yang sama saya sedang menjalani penggambaran, sibuk bekerja dan menjaga anak, Rina.”
“Malah, dua bulan lalu saya terkena jangkitan shingles (kayap) dan urine infection jadi keadaan badan saya sangat teruk. Saya rasa sebab itu juga baby tak boleh survive.
Maryam berkata dia akur dengan ketentuan Illahi atas ujian yang diberikan kepada mereka. Cuma, dia ingin fokus menjaga kesihatan diri, iaitu makan, berehat dan tidur yang cukup.
Ryzal Menangis Bila Tahu Keguguran
Suaminya, Ryzal Ibrahim sememangnya ternanti-nanti anak kedua mereka sejak Rina berusia setahun lagi.
“Bila pertama kali saya tunjuk pregnancy test kit double line kepada Ryzal dia sangat teruja sebab dah tunggu lama. Sejak Rina umur setahun dia dah tunggu anak kedua.
“Dia menangis ketika tahu saya keguguran.. Tapi suami saya percaya dengan perancangan Allah swt. Mungkin kami belum bersedia untuk ada anak kedua, perlu beri tumpuan kepada Rina… Saya percaya rezeki akan datang lagi, kami akan terus mencuba,” akhirnya.
Sekadar info, Maryam dan Ryzal mendirikan rumah tangga pada 15 Ogos 2019. Pasangan ini menimang cahaya mata sulung diberi nama Rina pada Oktober 2021.
Sumber: xtra