Menurut Melaka Hari Ini, dalam usaha mengesan kanser lebih awal, Kerajaan Negeri tersebut telah bekerjasama dengan Persatuan kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) bagi menyediakan klinik Kanser Bergerak.
Menurut Dr Akmal Saleh, Exco Kesihatan dan Anti Dadah Negeri, dengan adanya usaha ini, orang ramai boleh melakukan pemeriksaan kesihatan dan saringan kanser secara percuma.
Berbeza dengan klinik bergerak yang lain, kali ini fokus mereka adalah untuk mengesan kanser pada peringkat awal. Menurut Dr Akmal, “Kebanyakan pesakit kanser hanya mengetahui dirinya dijangkiti apabila sudah ditahap tiga atau empat, kita harap dengan usaha ini ia dikesan lebih awal, serta dapat dirawat juga lebih awal.”
Keputusan saringan akan didapati dalam kurang 15 minit selepas pemeriksaan. Jika seseorang disahkan mempunyai kanser, mereka akan dirujuk ke hospital untuk mendapatkan rawatan segera.
Ujian yang dijalankan termasuklah kanser kolorektal, payudara dan prostat. Klinik Kanser Bergerak ini dijangka akan digerakkan seawal hujung bulan ini ialitu 31 Disember di Merlimau.
Perkara ini diharap sedikit sebanyak dapat menangani isu pesakit kanser yang meningkat saban tahun. Kanser boleh terjadi oleh pelbagai fakotr termasuklah genetik, merokok, dan pemakanan. Dan menurut Dr Akmal, perkara yang dirisaukan ialah apabila kanser ini terjadi sebab pemakanan.