Minggu lepas, Pemuda Perikatan Nasional ada buat laporan polis dan menuntut tindakan penangkapan terhadap Wee Meng Chee atau lebih dikenali dengan nama Namewee, pengarah bagi sebuah filem yang diberi tajuk ‘Babi’.


Melayu Bodoh

Difahamkan Pemuda PN bersungguh suruh pihak polis untuk tangkap Namewee ni sebab ada sentuh isu perkauman. Poster filem ini ada contengan di dinding tandas yang tulis ‘Melayu Bodoh’.

Saya minta pihak polis mungkin boleh iringi dia dari luar negara, sekarang dia berada di Taiwan, kalau asyik duduk di sana, tak balik sini, tak bersemuka dengan kita, tidak bersemuka dengan orang Malaysia yang dia buat provokasi dan hinaan, macam mana kes ini nak selesai.

Ingin tonjolkan realiti yang berlaku

Baru-baru ini Namewee telah tampil beri penjelasan tentang filem ini. Katanya filem ini sebenarnya berkisarkan rusuhan yang berlaku di sebuah sekolah.

Pelajar-pelajarnya yang berbilang kaum banyak terlibat dengan kumpulan gangster dan sering bertengkar. Malah dia turut mendakwa tujuan sebenar membuat filem ini adalah untuk sampaikan mesej tentang perpaduan dan toleransi antara kaum.


Disebabkan ia adalah tentang konflik perkauman yang berlaku di sekolah tersebut, mestilah banyak contengan-contengan yang menghina di toilet. Tambahnya lagi, dia sebenarnya cuba untuk tonjolkan kandungan filem tersebut serta realiti yang berlaku sekarang.

Cina Babi, India Keling

Bahkan, bukan hanya ‘Melayu Bodoh’ yang tertulis, tetapi ada juga ‘Cina Babi’ dan ‘India Keling’ di tulis di dinding tersebut.

Kata Namewee, kalau betul dia nak hina orang Melayu, kenapa dia perlu tulis juga hinaan untuk kaum lain. Lagi satu, kalau korang nak tahu, filem ini memang tak akan ditayangkan di mana-mana negara selain Taiwan, dan itu termasuk juga negara Malaysia.

Filem Malaysia tak kan maju

Namewee juga sempat menegur sistem penapisan filem sekarang yang terlalu konservatif dan hanya mengangkat filem cinta, hantu dan genre yang dah biasa ditayangkan. Bila ada tajuk yang lain sikit dari kebiasaan, terus disekat.

Mereka (LPF) tidak dapat menerima tajuk kreatif lain dan mereka juga tak berani dalam menghadapi isu-isu perkauman ini atau tema yang realistik mengenai ciri-ciri buruk masyarakat. Dengan ada lembaga penapisan seperti ini, filem Malaysia tidak akan maju ke tahap bertaraf antarabangsa.

Kalau korang nak tahu, filem ‘Babi’ ini dah pun terima pencalonan dalam Festival Filem Antarabangsa di empat negara iaitu Thailand, Jerman, Taiwan dan Kanada. Namewee juga dicalonkan anugerah pengarah terbaik dan salah seorang pelakonnya, Aliff Haikal sebagai pelakon lelaki terbaik.

[fbcomments]