Gambar dan video penyanyi R&B terkenal Amerika Syarikat, Akon yang kelihatan sedang mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah bersama ahli keluarga serta rakan selebriti tular di media sosial.

Beberapa pengguna akaun Twitter berkongsi posting mengenai penyanyi berusia 46 tahun itu dengan meluahkan rasa syukur dan mendoakan agar urusan ibadahnya dipermudahkan Allah SWT.

Difahamkan, Akon atau nama sebenarnya Aliaume Damala Badara Akon Thiam itu telah mengadakan konsert jelajah di Arab Saudi sebelum menuju ke Tanah Suci.

Penyanyi yang dilahirkan sebagai Muslim itu juga mengatakan bahawa kejayaan yang dikecapi selama ini adalah kerana pegangan teguhnya terhadap kepercayaan agama.

[fbcomments]