Baru-baru ini suami kepada Miera Leyana iaitu Rosland Othman telah menjatuhkan talak satu terhadap bekas isteri pertamanya, Adibah di Mahkamah Rendah Syariah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Rosland yang merupakan seorang ahli perniagaan itu telah melafazkan talak selepas memaklumkan bahawa hubungan diantara beliau dan bekas isteri tiada lagi persefahaman dan rasa sayang kian pudar.

Diserang Netizen Selepas Bekas Madu Diceraikan
Selepas sahaja Adibah diceraikan oleh Rosland, Miera Leyana terpaksa menghadapi tempias dari kesan penceraian mereka, di mana netizen mengatakan bahawa Miera adalah “penyondol” sebenar kerana mendakwa telah memecahbelahkan rumah tangga yang sudah lama dibina.
Menurut sumber media yang lain, selepas suaminya bercerai dengan isteri pertama, Miera sekeluarga menyambut berita itu dengan keluar makan bersama keluarga tersayang. Hal itu telah membuatkan netizen lebih marah kerana dianggap tiada perasaan sebagai seorang wanita.
Reaksi Netizen
Meninjau di ruangan komen di perkongsian gambar Miera, kelihatan ramai netizen yang menyerang tentang dirinya yang digelar ‘penyondol’.


Kredit: Instagram Mieraleyana