Selepas hampir tiga bulan mendirikan rumah tangga kedua, seorang penyanyi yang juga merupakan seorang aktivis kemanusiaan iaitu Mizz Nina akhirnya mengadakan majlis resepsi bersama suami tercinta, Essam Muhammad. Difahamkan, majlis tersebut dibuat di sebuah ruang acara bertempat di Boathouse, Ampang, Kuala Lumpur dan majlis mereka turut dihadiri oleh ahli keluarga, kenalan rapat dan juga beberapa rakan artis.

Cantik Peragakan Busana Putih

Sementara itu, Mizz Nina tampil kelihatan cantik dan anggun apabila beliau memperagakan busana putih hasil rekaan pereka fesyen tempatan, iaitu Ezzati Amira. Para tetamu yang hadir turut tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar bersama pasangan sejoli itu selepas acara persandingan tamat.

Rakan artis yang hadir ialah Lisa Surihani, Yusry Abdul Halim dan juga Farah Al-Amin.

Kredit: OhMyMedia

[fbcomments]