fbpx

Usahawan dan suami kepada penyanyi Adira iaitu Datuk Red meluahkan hasratnya untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini bersama anak-anak tercintanya.

@khairisanuri

Permintaan terakhir kali untuk isteri2 Dato Red agar tarik balik permohonan penceraian mereka. #datored #fypシ゚viral #foryou #viral

♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama

Mahu Beraya Dengan Anak-Anak

Berdasarkan perkongsian video yang dimuatnaik oleh @khairisanuri di laman TikTok, ia dapat dilihat Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu dengan penuh harapan agar dirinya diberi peluang untuk beraya bersama isteri dan anak-anak sebagai sebuah keluarga, kerana beranggapan mungkin tahun ini adalah tahun terakhir beliau bergelar sebagai seorang suami.

“Bagi lah saya peluang untuk saya beraya bersama anak-anak. Andailah kata kalau jodoh kami tak panjang, bagilah saya peluang untuk raya dengan anak-anak untuk kali terakhir sebagai seorang suami. Jangan tunjuk dekat anak-anak. Anggap tiada apa yang berlaku. Kalau tengok pada atas kertas, mungkin tahun ini tahun terakhir saya beraya sebagai suami,” luahnya.

Saja Lewatkan Kes Penceraian Agar Kedua-Dua Isteri Berubah Fikiran

Dalam pada itu, Datuk Red turut mendedahkan bahawa beliau sengaja melewatkan kes penceraian dengan kedua-dua isterinya kerana masih berharap agar isterinya dapat berubah fikiran.

Beliau turut mengakui bahawa meskipun dirinya cuba untuk mempertahankan rumah tangga, namun perkara seperti ini tidak boleh dipaksa. Sebaliknya ia memerlukan usaha dari kedua-dua belah pihak.

“Kadang-kadang kita nak pertahankan tapi sebelah pihak tak nak… nak buat macam mana. Benda macam ni tak boleh paksa. Saya melambat-lambatkan kes, saya cuba ambil masa.

“Kalau diorang dua (isteri) tak tarik, macam dengan Adira ni tarikh paling hampir. Hujung bulan 4 dah masuk hakam, bila dah masuk hakam memang saya tiada upaya. Saya tak boleh buat apa. Dengan Datin Red tarikh lambat sikit,” katanya lagi.

Terdahulu, Datuk Red mendedahkan dirinya diisytiharkan muflis dan menanggung hutang sebanyak RM5 juta sehingga dia terpaksa menumpang belas ihsan dua isterinya.

Tidak lama selepas pendedahan itu dibuat, dipercayai suami kepada penyanyi Adira Suhaimi itu menerima beberapa tawaran menjadi model jenama pakaian dan membuat reviu untuk beberapa jenama uintuk melangsungkan hidupnya.

Untuk rekod, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.

Sementara itu, Datuk Red juga memiliki tiga orang cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan dengan isteri pertama Sharifah Norshafila Hashim.

Kredit: TikTok khairisanuri

[fbcomments]