Pengacara yang pernah terkenal suatu ketika dahulu, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA telah membuat comeback dengan mengacarakan program Lagu Cinta Kita 2 bergandingan dengan Elly Mazlein di TV3 setiap Ahad.
Kehadiran semula Diva AA di pentas hiburan telah mendapat pujian warganet di media sosial sehingga kedua-dua episod yang dibawa olehnya trending di Twitter.
Nabil perli Diva AA
Tapi mmalam tadi telah tercetus satu kontroversi yang berlaku di satu lagi rancangan televisyen yang cukup popular, Gegar Vaganza musim ke-7 apabila pengacaranya, Nabil Ahmad didakwa seakan-akan memerli kemunculan Diva AA.
Tindakan Nabil yang mengeluarkan ayat berkaitan ‘selfie stick’ yang sememangnya sinonim dengan Diva AA itu disifatkan kurang ajar oleh netizen.
Not my level, shut up! (Bukan tahap saya, diam) Orang selalu pegang ‘selfie stick’ tiba-tiba pegang mikrofon, jadi macam itulah.
Hal ini membuatkan warganet mulai tidak senang dengan tingkah yang begitu tidak profesional daripada seorang pengacara TV ketika sedang bersiaran langsung.
“Nabil dan kurang ajar tidak boleh dipisahkan,” ujar seorang pengguna Twitter.
“Diva AA lebih berkaliber daripada dia dan tak kutuk orang lain dalam program sendiri,” luah seorang lagi pengguna media sosial.
“Ini sudah seperti perang antara dua program yang sedang meletup!,” kata netizen.
Rata-rata netizen berharap Nabil akan membuat permohonan maaf secraa terbuka kerana mengeluarkan kata-kata berkenaan.
Balas Diva AA
Seperti sedia maklum, tindakan Nabil itu akan dibalas semula oleh Diva AA. Sebab tu, kalau perasan, Diva AA ada memuat nailk satu tweet mengecam kembali tindakan Nabil: