Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan kemesraan pempengaruh terkenal, Ameera Khan bersama pelakon Indonesia, Jefri Nichol. Keakraban mereka yang dikongsikan di media sosial mencetuskan pelbagai reaksi, terutama kerana latar belakang Jefri yang pernah terpalit dengan kontroversi.

Situasi ini mengundang perhatian ramai, termasuk kakak Ameera, selebriti dan usahawan terkenal Neelofa, yang tampil merayu agar orang ramai tidak terus mengecam adiknya.

Neelofa Minta Hentikan Kecaman Terhadap Ameera Khan, Akui Sudah Menjalankan Tanggungjawab Sebagai Kakak

Menurut Neelofa, sebagai seorang kakak, beliau sudah menjalankan tanggungjawabnya dalam menasihati Ameera, namun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai perkara tersebut.

“Saya tidak boleh berkongsi dengan orang luar apa yang saya lakukan. Cuma sebagai kakak, saya sudah melakukan bahagian saya dan tahu apa yang sesuai untuk dilakukan terhadap adik saya.

“Pada masa sama, saya mahu minta semua, jangan mengecam atau tulis yang buruk-buruk. Sekalipun kamu suka atau tidak suka, tolong selitkan doa yang baik,” jelasnya ketika ditemui media.

Tambah Neelofa, beliau berharap agar masyarakat tidak menghamburkan kata-kata negatif atau kecaman terhadap Ameera, sebaliknya mendoakan perkara yang baik-baik buat adiknya itu.

Meskipun kisah percintaan Ameera menjadi perbualan hangat netizen, Neelofa menegaskan bahawa beliau tidak terkesan dengan sebarang kritikan yang dilemparkan. Baginya, perkara tersebut tidak mengganggu kehidupannya, namun tetap mengambil maklum setiap teguran yang diberikan.

“Alhamdulillah, ia langsung tidak mengganggu saya. Tapi itu tidak bermaksud saya tidak peduli dengan apa yang diperkatakan. Saya dan keluarga cakna dengan perkara ini, namun kami tidak merasakan ia sesuatu yang perlu dikongsi kepada umum,” jelasnya.

Neelofa turut menekankan bahawa keluarganya mempunyai pendekatan tersendiri dalam menangani sebarang isu yang timbul, termasuk dalam menasihati antara satu sama lain.

“Kami ada cara tersendiri. Mungkin keluarga dan adik-beradik lain ada cara tersendiri untuk saling menasihati. Kami pun ada cara kami tersendiri.

“Walaupun di mata orang belum cukup bagus, Tapi insya-Allah kita tahu apa yang terbaik untuk dia,” ujarnya.

Kredit: Harian Metro

 

 

[fbcomments]