Selain ibu bapa, nenek dan atuk juga adalah antara individu yang rapat dan penting dalam ahli keluarga kita. Mereka juga harus dihormati dan dikasihi.
Tapi lain pulak yang terjadi dengan kisah seorang nenek tua yang sudah uzur ni.
Menurut sumber, seorang nenek yang berasal dari Thailand ini telah dibelasah teruk oleh cucunya sendiri sampai lebam-lebam muka nenek ni dibuatnya. Apa yang lebih menyedihkan, nenek ni dikatakan tersadai ditepi jalan kerana tidak tahan dipukul dengan cucunya itu.
Katanya lagi, cucu mangsa bersikap demikian akibat dibawah pengaruh alkohol. Patutlah nenek ini dibelasah tanpa kasihan sebab cucunya itu seorang kaki botol dan selalu pulang ke rumah dengan keadaan yang mabuk!
Akhirnya akibat tidak tahan sering dipukul, nenek uzur ini telah nekad untuk melarikan diri. Nenek yang uzur ini dijumpai tersadai ditepi jalan oleh penduduk setempat kawasan tersebut.