Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan tentang sebuah kumpulan yang diwujudkan di laman Facebook yang dibuat dengan nama “Group Sewa Isteri Orang” mendapat perhatian ramai dan mendatangkan kebimbangan kepada netizen yang terlihat group terbabit.
Kearah akhir zaman pic.twitter.com/PxfmH8B53V
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) February 24, 2024
Kearah Akhir Zaman
Berdasarkan perkongsian yang dimuat naik oleh @MALAYSIAVIRALLL di laman X, ia memaparkan beberapa tangkapan layar mengenai group tersebut dan telah mendapat sambutan luar biasa.
Lebih mengejutkan apabila Facebook Group ini sudah berjaya mengumpulkan seramai lebih 20,000 ahli dalam tempoh masa yang singkat. Dalam keterangan berkenaan group tersebut, ia dikhususkan untuk mereka yang merasa diri mereka terabai serta berniat untuk berseronok serta melakukan perkara yang tidak baik.
“Untuk yang terabai sahaja…. happy² noty² untuk yang terabai……” tulisnya.
Reaksi Netizen
Pendedahan berkenaan group ini telah mendatangkan kecaman dan kutukan netizen yang berbaur jijik dengan perbuatan tersebut kerana merosakkan institusi perkahwinan dan ianya dilarang keras dalam agama.
Walau bagaimanapun, kesahihan tentang kewujudan group sebegitu tidak dapat dipastikan termasuklah aktiviti yang dilakukan.
![]()
Kredit: X MALAYSIAVIRALLL