Seperti yang umum tahu, Noh Salleh sudah bercerai bersama bekas isterinya yang juga merupakan seorang artis dan aktivis iaitu Mizz Nina. Selepas mereka berdua mencapai hasrat untuk berpisah, masing-masing kini muncul bersama pasangan yang baru.
Noh Salleh dimaklumkan akan menamatkan zaman dudanya bersama tunang kesayangan, Fatin Athira Mustapa yang juga merupakan seorang peguam, dan akan melansungkan majlis pada 23 September depan.

Kad Undangan Digital Telah Diedarkan
Berita itu didedahkan menerusi hantaran kad jemputan digital yang telah diedarkan kepada kaum kenalan beliau dan ia menunjukkan pasangan ini bakal mengadakan hari persandingan di sebuah dewan di Puchong, Selangor bermula jam 8 malam.

Akan Diijabkabul Pada Sebelah Pagi
Menurut sumber yang dipetik dari Gempak, majlis ijab dan kabul Noh bersama bakal isterinya akan diadakan pada sebelah pagi, di hari yang sama. Manakala tetamu yang dijemput hadir pada sebelah malam akan mengikuti majlis resepsi mereka.
Sekadar info tambahan, Noh dan Fatin telah diumumkan mengikat tali pertunangannya pada 7 Mei lalu di kediaman rumahnya yang terletak di Putra Heights, Subang Jaya. Noh juga yang pernah mendirikan rumah tangga bersama Mizz Nina telah bercerai pada Ogos tahun lalu tanpa cahaya mata, tetapi memiliki seorang anak angkat yang diberi nama Musa.
Kredit: Gempak