Tak dinafikan ramai youtuber atau mana-mana rancangan ingin hasilkan content yang menarik untuk menaikkan rating. Begitu jugalah dengan Belengclub dari Indonesia ini dimana mereka ingin membuat content video seram untuk Youtube mereka.
Namun lain pula jadinya apabila salah seorang daripada mereka dirasuk ketika sedang membuat rakaman.
Kena rasuk, lari ke kubur
Menerusi sumber dari Belengclub, mereka juga tidak menyangka perkara sebegini akan berlaku. Selain menegaskan bahawa ianya bukanlah satu lakonan tetapi benar-benar terjadi.
Individu yang dirasuk itu berpakaian serba putih dan disolek seperti ‘hantu’. Difahamkan individu tersebut memang sengaja disolekkan sebegitu untuk content youtube mereka, tapi tiba-tiba lain pula jadinya.
Individu yang dirasuk itu telah berlari menuju ke kawasan perkuburan.
Konon Nak Shoot Video Seram, Sekali ‘Dia’ Rasuk & Dukung Kain Putih Pergi Kubur
Posted by Kembara Sejagat on Saturday, December 12, 2020
