Kejadian period atau datang bulan merupakan fitrah seorang wanita dan merupakan kejadian natural buat perempuan yang telah mencapai akil baligh.
Namun, lain jadinya apabila baru-baru ini tular kisah bayi yang didatangi haid walaupun baru beberapa hari usianya.
Menurut perkongsian Nur Aqilah di Tiktok dia nyata terkejut apabila anaknya yang baru lahir datang haid dalam kejadian Oktober 2022.
@aqilahafandi95 Terkejut betul sophea time newborn period. Refer dktr pakar baby girl mostly akan period 1-10 hari paling lama😅 #sharingknowledge #parentingtips ♬ Butterfly by Gonebloom and Qyla Nahar – gonebloom
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet juga kurang cakna akan perkara ini.


Rupa-rupanya kejadian ini merupakan suatu perkara normal dan bukanlah disebabkan penyakit dan sebagainya. Ianya dikenali sebagai neonatal menstruation yang boleh berlaku pada bayi yang baru dilahirkan.
Dari laporan mStar,penasihat perubatan dan pemakanan, Dr Hazwan ada menerangkan lima soalan lazim berkaitan topik berkenaan neonatal menstruation ini.
1. Boleh jelaskan secara ringkas apa itu neonatal menstruation?
Neonatal menstruation atau dipanggil sebagai mini period berlaku apabila ada pendarahan daripada vagina bayi perempuan, yang boleh terjadi seawal usia dua atau tiga hari selepas bersalin.
Ia berlaku disebabkan oleh bayi itu lama terdedah kepada perubahan faktor hormon ibunya sendiri, seperti estrogen dan progesteron.
Apabila dia dilahirkan, hormon itu tiba-tiba drop, menyebabkan perubahan dan pengaliran darah seakan-akan seperti period.
Dan ini boleh dikatakan normal dan jarang berlaku. Contoh 350 bayi dilahirkan, hanya lima peratus daripada 350 kelahiran itu mengalami neonatal menstruation.
2. Adakah neonatal menstruation merupakan satu kelaziman biasa?
Sebenarnya sangat-sangat jarang berlaku. Macam saya cakap tadi, dalam 350 kelahiran bayi, hanya lima peratus daripada kelahiran itu yang akan mengalami pendarahan seakan-akan seperti period.
3. Apa punca-punca yang menyebabkan berlakunya neonatal menstruation?
Ia berdasarkan dua faktor. Ketika bayi perempuan yang berada dalam perut ibunya, waktu itu hormon si ibu seperti estrogen dan progesteron ‘naik turun naik turun’.
Dan selepas proses kelahiran berlaku, hormon anak dengan ibu pun terpisah. Jadi apabila terpisah, berlaku perubahan menstruation ataupun penebalan kepada dinding-dinding rahim bayi itu sendiri.

Sebab apa? Sebab hormon ibunya sudah tiada. Bila sudah lahir, terpisah antara ibu dengan anak. Jadi hormon-hormon ibu pun kurang secara mendadak. Sebab itu berlaku pendarahan seakan-akan period.
4. Mungkin ada ibu bapa gagal mengenal pasti neonatal menstruation dan menganggapnya sebagai darah biasa. Apakah petanda paling jelas bahawa ia benar-benar neonatal menstruation?
Pertama adalah kita kena kenal pasti. Kalau berdarah dekat kawasan lampin bayi, pertama kita fikir adalah kecederaan. Kita takut kemungkinan mak atau bapa sental kuat dekat kawasan kemaluan atau dubur yang kemungkinan berlakunya kecederaan pada kawasan perineum atau kemaluan.
Kedua, kemungkinan berlakunya nappy rash. Nappy rash adalah kemerah-merahan yang disebabkan oleh hygiene atau lampin bayilama tidak diganti, tidak bertukar, yang menyebabkan kencing atau najis membuatkan iritasi pada permukaan kulit bayi.
Lama kelamaan, ia juga boleh menyebabkan pendarahan kerana kulit bayi sangat sensitif dan sangat lembut, tidak sama seperti kulit orang dewasa.
Ketiga, kemungkinan neonatal menstruation. Pertama hendak mengenal pasti, kita lihat pendarahan yang bertompok-tompok tanpa berlakunya kecederaan pada kawasan-kawasan sulit anak atau bayi perempuan.
Tompok-tompok seakan-akan period, ia adalah fresh blood. Dan kemungkinan akan semakin banyak, dan semakin kurang, seterusnya hilang.

Ada sesetengahnya ia terjadi setiap bulan, jadi macam period biasa. Antara hari pendarahannya selalunya macam satu hari ke 10 hari, ia seperti period perempuan biasa. Setiap bulan akan datang, macam tu.
5. Jika berlaku neonatal menstruation kepada bayi, apakah tindakan yang perlu dilakukan?
Jangan bimbang, neonatal menstruation akan hilang dengan sendiri. Tidak memerlukan rawatan, tak perlu apa pun. Tapi saya nak cakap, ada satu penyakit yang disebabkan oleh congenital adrenal hyperplasia yang mana ia berlaku, akan menyebabkan juga pendarahan period, kalau congenital adrenal hyperplasia, yang ini adalah penyakit.
Ia memerlukan rawatan. Tetapi ia jarang berlaku, sangat jarang berlaku. Jadi, jika tanya pendapat saya adalah mula-mula hanya pantau dahulu. Sebab kalau neonatal menstruation ia akan hilang, hilang by bulan kedua, usia-usia bayi… dua bulan, tiga bulan.
Tapi kalau disebabkan penyakit, kita panggil sebagai congenital adrenal hyperplasia, kemungkinan ia akan berlarutan sehingga umur bertahun-tahun dan terdapat juga simptom lain.
Sumber: mStar