Sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tersebar di platform X telah mencetuskan kemarahan ramai apabila memaparkan seorang wanita dipercayai pekerja diserang secara fizikal oleh individu yang dikatakan majikannya.

Video di bawah:
https://x.com/kamaghul/status/1927712511253451209

Dituduh Hilangkan Dokumen, Wanita Dikasari Majikan Hingga Dihalau Keluar Pejabat

Dalam rakaman berdurasi pendek itu, kelihatan seorang lelaki meluru ke arah meja pekerja terbabit sebelum bertindak agresif dengan cuba memukulnya beberapa kali. Ketegangan memuncak apabila majikan tersebut dilihat cuba menarik tudung wanita berkenaan, manakala mangsa pula dilihat cuba melindungi diri daripada terus dikasari.

Insiden yang berlaku pada 15 Mei lalu sekitar jam 1.05 petang itu dilaporkan berpunca daripada pertelingkahan berhubung dakwaan kehilangan dokumen penting. Mangsa, yang dikenali sebagai Safwah, dikatakan telah dituduh menghilangkan dokumen sekolah, namun beliau menafikan pernah menerima sebarang dokumen seumpamanya.

Lebih mengejutkan, mangsa turut mendakwa telah ditarik bajunya dengan kasar serta disentuh di bahagian bahu, leher dan tangan dalam usaha menghalau beliau keluar dari pejabat. Kejadian itu telah mendorong Safwah membuat laporan polis bagi mendapatkan pembelaan terhadap tindakan kasar majikannya.

Meninjau reaksi netizen, rata-rata meluahkan rasa marah serta simpati terhadap mangsa. Malah, terdapat individu yang dikenal pasti sebagai peguam tampil secara sukarela menawarkan bantuan guaman kepada wanita terbabit, sebagai sokongan moral dan undang-undang.

Kredit: X kamaghul

 

[fbcomments]