fbpx

Kes buli bukan lagi satu isu asing dalam kalangan pelajar biarpun pelbagai garis panduan, peringatan dan nasihat dihimpunkan namun nampaknya penyelesaian bagi isu ini masih kabur dan tiada lagi penyelesaian.

Baru-baru ini pula telah hangat di media sosial tentang video tular menunjukkan kes buli tiga pelajar dari Asrama Lelaki SMK Kemahang 1 Tanah Merah.

sekolah smk tanah merah kelantan.kes buli di asrama sekolah.Info Video : Fb Page Kelantan

Posted by INFO KINI on Selasa, 8 September 2020

Menurut maklumat, punca pelajar berusia 13 tahun itu dipukul oleh tiga pelajar senior berusia 17 tahun adalah kerana mangsa telah mempermainkan suspek kononnya mahu belanja makan ayam goreng KFC.

Oleh sebab itu, tiga remaja telah bertindak memukul mangsa bertubi-tubi. Dalam video berdurasi selama 25 saat yang tular itu menunjukkan mangsa ditumbuk dan disepak ketiga-tiga suspek.

Harap pihak polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap kesemua sasppek supaya kes buli dapat dikurangkan dari hari ke hari. Jika tidak, ramai yang pandang enteng dan sampai ke sudah isu ini tidak akan selesai.

Lagipun, siapa lagi yang boleh diharapkan untuk menangani isu buli di sekolah selepas ini?
Read More : https://www.koolfm.com.my/tiga-pelajar-lelaki-buli-kerana-ayam-goreng-ditangkap/

[fbcomments]