Semalam, rakyat Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan kes kucing mesin dobi.
BACA : Kes Bunuh Kucing Di Dobi Berulang, Melibatkan 3 Ekor Kucing
Sudah tentunya, perbuatan individu tidak berhati perut ini telah menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia dan ramai yang menggesa agar individu terlibat ditangkap.
Si pelaku kurang siuman
Menurut masyarakat setempat, setelah menyedari kes semalam tular di media sosial mereka mula bertindak menjejaki si pelaku berkenaan kerana bimbang dia bakal dicederakan oleh orang awam.
Difahamkan si pelaku merupakan seorang individu yang kurang siuaman dan hidup berpeleseran selepas kematian kedua-dua ibu bapanya.
Diserahkan kepada pihak polis
Lelaki berkenaan dilaporkan tenang, tidak bertindak agresif dan hanya mengikut arahan daripada empat pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kes ini disiasat mengikut Akta kebajikan Haiwan 2015. Manakala, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Perkhidmatan Veterinar Dr Zainita Mohd Noor berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan.