Seorang pasangan suami isteri terpaksa berhadapan dengan situasi yang kurang menyenangkan apabila mereka dikenakan serbuan dari pejabat agama Islam sewaktu menginap di sebuah hotel murah. Difahamkan, pasangan tersebut dikenakan tindakan sebegitu atas sebab masalah dengki bersama makcik yang merupakan pemilik kedai makan.

@zed.rodzuan

Kalau jiwa tak kental jangan sekali2 check in oyo. Sekali kena tangkap basah tidur tak lena weh 😂

♬ original sound – Zed Rodzuan – Zed Rodzuan

Penangan Kena Pedajal Dengan Makcik Puaka

Berdasarkan video yang dimuat naik oleh @zed.rodzuan di laman TikTok, beliau dan isteri memaklumkan mereka berdua ‘ditangkap basah’ semasa menginap di hotel OYO. Mereka yang merupakan pasangan pengantin baru kerana baru sahaja sebulan bernikah menceritakan detik-detik tidak disenangi oleh seorang makcik restoran. Menerusi penerangan Zed, sebelum mereka menginap di hotel tersebut, mereka bertolak ke sebuah restoran berdekatan untuk menjamu selera.

Namun disebabkan servis yang terlalu lambat sehingga hampir sejam makanan yang dipesan belum sampai, beliau dan isteri bertindak untuk pergi ke tempat lain untuk mencari kedai makan yang baru kerana sudah terlalu lapar.

@zed.rodzuan

Replying to @Sharifah Nurfarah Yannis alkisahnya kami makan kat kedai makcik tu, lepas tu dia sidai kami sejam tak dapat makan so kami letak duit atas meja dan blah terus dari situ sebab kebulur dari siang tak makan and gerak kedai mamak sebelah. So bermulalah segala tragedi

♬ original sound – Zed Rodzuan – Zed Rodzuan

Makcik Kedai Makan Tak Puas Hati

“Kalau jiwa tak kental jangan sekali-sekali check in OYO. Sekali kena tangkap basah tidur tak lena weh”, luah Zed di ruangan kapsyen.

Apabila disoal siasat, ternyata pemilik restoran terbabit tidak berpuas hati dan pergi bertemu mereka dengan mengambil gambar dan menggunakan ayat-ayat simpati. Suami kepada mak cik tersebut juga telah mengekori pasangan ini sehingga ke hotel OYO berdekatan dan mengambil peluang untuk memerangkap mereka dengan membuat aduan kepada pejabat agama.

Menurut Zed lagi, mereka menginap di hotel tersebut kerana perlu bangun seawal pagi memandangkan mereka mempunyai penerbangan ke Paris untuk berbulan madu. Zed dan isteri terpaksa melayani pegawai agama yang datang menjalankan tugas selepas menerima aduan dan mujur mereka adalah pasangan sah suami isteri setelah menunjukkan kad pernikahan mereka.

Viral Kan Je Kedai Makcik Tu

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut rasa tidak berpuas hati terhadap tindakan melampau yang dibuat oleh makcik terbabit. Mereka juga meminta agar kedai tersebut dapat ditularkan supaya mereka dapat berhati-hati jika terbuat kesalahan yang sama.

Kredit: TikTok zed.rodzuan

[fbcomments]