Rata-rata peminat dan rakan selebriti masih lagi bersedih dengan pemergian pelawak terkenal, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32 atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey yang meninggal dunia pada pagi Isnin akibat demam panas.
Wanita merayu ingin ziarah kubur waktu malam
Terbaru, menerusi perkongsian pendakwah terkenal Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek, penjaga kubur telah mendedahkan sesuatu yang cukup mengharukan mengenai Allahyarham ketika dia menziarahi kubur arwah.
Menurut penjaga kubur itu, kejadian berlaku pada jam 10.30 masa ketika dia ingin pulang ke rumah yang mana dia didatangi seorang wanita membonceng motorsikal bersama anaknya ingin menziarahi ke pusara Allahyarham sebagai tanda penghormatan.
Tampung perbelanjaan sekolah anak
Jelas wanita itu dia ingin menziarahi kubur Allahyarham kerana sepanjang hayat Abam, pelawak itu telah membantunya dalam menampung segala perbelanjaan sekolah anak-anaknya.
Allahuakhbar,mulia sungguh hati kau, Abam.
Aura insan bersedekah
Dalam perkongsian tersebut juga, dua orang penjaga kubur itu turut mengakui bahawa merasakan betapa kuatnya aura Abam sehingga meremang badannya ketika ingin membantu menguruskan jenazah allahyarham.
Mungkin kerana amalan sedekah, hampir semua insan yang ditemui mengatakan bahawa Abam seorang yang pemurah dan baik.