fbpx

Baru-baru ini tular di laman sosial berkenaan tentang seorang anak artis tempatan iaitu Marissa Dania Hakim, anak kepada Abby Abadi dan Norman Hakim yang dikatakan telah berkahwin dengan pilihan hatinya di Thailand.

Nikah Di Thailand Pada 17 Disember Lalu

Memetik laporan dari Mstar, difahamkan Marissa dan Ahmad Aslam didakwa telah bernikah di Songkhla, Thailand pada 17 Disember yang lalu. Lebih mengejutkan apabila pasangan ini didakwa berkahwin sewaktu isteri pertama Aslam iaitu Misya Mazlan sedang berada di Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah.

“Mereka bernikah pada 17 Disember ketika Misya berada di Makkah. Sehari selepas Misya pulang, Aslam ada bertemu dengannya. Aslam juga sudah memberitahu Misya bahawa dia dan Marissa mahu berkahwin. Marissa yang mengajak mereka untuk berkahwin selepas Aslam rujuk semula dengan Misya pada Oktober tahun lalu,” jelas Mstar.

Kata sumber lagi, perkahwinan pasangan ini juga sudah diketahui oleh kedua-dua pihak keluarga, namun Abby dan Norman tidak setuju dengan perkahwinan mereka dan membantah sekerasnya. Bukan itu sahaja, malah ibu bapa Marissa ini turut meminta agar beliau berpisah dengan Aslam dan tidak menghancurkan rumah tangga orang lain.

“Ada perjumpaan keluarga selepas dapat tahu mereka bernikah di Thailand. Keluarga Marissa tidak bersetuju dengan pernikahan itu dan meminta mereka untuk berpisah. Bagaimanapun, Aslam dan Marissa tidak dapat menerima cadangan itu dan enggan berpisah seperti yang diminta,”ujarnya.

Perkahwinan Aslam Dan Isteri Pertama Kembali Goyah

Mengulas lanjut, difahamkan Aslam dan Marissa masih belum lagi mendaftarkan perkahwinan mereka secara sah di Malaysia.

Pada masa yang sama, hubungan Aslam bersama isteri pertamanya juga dikatakan sudah kembali retak susulan isu curang ini.

“Bagaimanapun Aslam dan Misya masih bergelar suami isteri yang sah. Misya dan Marissa kini bermadu. Hubungan Aslam dengan isteri pertama juga tidak seperti sebelum kehadiran orang ketiga,” kata sumber.

Marissa, Aslam, Abby Abadi dan Norman Hakim bagaimanapun dilihat hanya mendiamkan diri dan mengunci mulut untuk tidak memberi sebarang penjelasan dan spekulasi berkenaan isu ini.

Untuk info, Marissa Dania pernah menerima kecaman hebat dari netizen pada sekitar setahun yang lalu apabila timbulnya dakwaan yang mengatakan dirinya telah menjadi penyebab kehancuran rumah tangga Misya dan menjadi orang ketiga dalam perkahwinan Aslam dan Misya sehingga mereka bercerai.

Kredit: Mstar

[fbcomments]